Click here for Myspace Layouts

Thursday 14 April 2016

Review : ShOrt EscapE : Sabah !

fuhhh ! lama gila tak update blog ni. sampaikan lupa nama blog sendiri T_T hukkk.

Assalamualaikum semua ! *lambai-lambai tangan!

tiket Air Asia selalu buat promotion kan? so aku dengan kawan-kawan lain pakatlah nak bercuti. maklumlah dah tahun akhir, fefeeling lah nak spend masa dgn kawan2 sebelum balik ke negeri masing-masing. Asalnya nak ke Vietnam tapi ramai yang tak boleh ke luar negara atas beberapa faktor, so kami decide nak bercuti dalam negera je. so kami pilih SABAH. Boleh Bah Kalakau! 

**ni lah semua kawan2 yang pegi. total 16 orang 7 lelaki dan 9 perempuan ayu cantik molek cun melecun! hee :D 

Firstly mesti nak tahu pasal bajet yedak? disebabkan tiket beli under AA promotion so kami punya tiket flight RM78/seorang untuk dua hala. gilo tekau murah amek! *translate : murah sangat tiket ni :P bincang punya bincang kami pilih cuti semester ketujuh 17 januari 2016 hingga 20 januari 2016 sebagai tarikh keramat nak bercuti 4 hari 3 malam dgn harapan dapat travel sabah dgn puas hati tak terlalu rushing gittew -,- **tips : utk booking AAt tiket jgn pilih hari isnin,sabtu or ahad sebab biasanya tiket dia akan mahal dari hari2 lain.

Disebabkan tak da sorang pun dalam kalangan yang pegi tu org sabah so kami decide nak pegi under pakej yang ditawarkan oleh agent2 percutian di sabah. tapis punya tapis jumlah satu agent ni. kami decide pilih SABAH REDHO TRAVEL AND TOURS aka SABAH BEST TRAVEL atas alasan ada satu blog ni update seronok pergi sabah under agent ni KAT SINI **TOLONG BACA KOMEN2 KAT BLOG TU SEKALI TAU !**so lepas berbincang si agent ni tawarkan pakej RM 3 850 untuk 16 orang dan deposit RM 1300.

Okay bagi korang yang nak bercuti dgn family, kawan or honeymoon please janganlah lah pilih pakej beliau. bukan aku nak tutup periuk nasi orang tapi tak nak orang alami apa yg aku alami kat sana ! apa yang aku hadap ? okay sebelum ke sana means lepas bank in deposit tetiba TUP! En Fazari Sazali aka Abi(owner) tak dapat dihubungi. Gila tak cuak kateko. RM 1k++ kot! bukan singget! sebelum ni masa tengah deal elok je laju balas tapi bila da bank in duit terus senyap. Btw, yg deal dgn si agent ni kawan aku. dia pun ada update blog pasal agent ni klik sini **BACA BAHAGIAN KOMEN SEKALI YE!** lepas tak dapat hubungi call tak jawab mesej tak balas aku pun decide guna nombor telefon aku contact agent ni. Eh! elok pulak dia balas -,- 

HARI PERTAMA

Lepas beberapa hari si agent ni contact semula kawan aku dan kami deal seperti biasa. tapi dalam hati kami ada benda yang tak kena ni. DANNNNN tibalah 17 januari 2016 semua 16 org yang nak pegi nk berkumpul lah kat KLIA 2. p/s time ni aku lupa bawak IC kateko! gigih kakteh and ayong aku speed kalah pelumba kereta handalan tolong hantarankan IC. time tu da pikir dah aku tak dapat join. tp memang takdir nak aku ke sana flight delay n aku sempat amik IC aku. huhuhu okay tutup citer. malu sebab careless T_T hahahaha ! 

Sampai kat sana kami jumpa lah  Abi ni tapi sebelum tu kat KLIA 2 kawan aku yg deal dgn agent ni ada bagitahu kat sana nanti dapat sorang driver je dan satu lagi MPV kena drive sendiri. WHAT THE HECK!! sebab si agent ni kata akan ada dua driver utk dua kenderaan. time tu hati membara lagi. si agent ni janji  bagi satu van dan satu proton EXORA. tapi sampai sana lahh tukar ke ALZA ! membara lagi ! satu perkara yang aku sangat menyesal sebab bagi sepenuhnya balance pakej awal waktu kami sampai. Cisss! sepatutnya kasi separuh dulu, hari akhir baru bagi lagi separuh.

So dari airport kami ke kedai makan dulu sebab masing-masing tengah kebulur. honestly makanan kat sana agak mahal. aku makan nasi lauk ayam dan air sirap limau kena RM 12 kalah mamak kat penang ni huhuhu T_T then kami ke Muzium Sabah sebab student so masuk FREE then kami pegi check in homestay. Alhamdulillah homestay okay dan selesa full furnished. Lepas tu belah petang kiteorg ke  Tanjung Aru tgk sunset.
**kat sini best spot utk sunset lah. tapi air kotor dan busuk. -,-

** ni gambar paling win dekat sana :P


**tak tahu buat style apa sebenarnya tu hahaha LOVE !

Malam tu kami singgah ke Observatory Tower. kat sini kita boleh tengok pemandangan Kota Kinabalu. aku tak da gambar kat sini sebab gayat tinggi -,- lepas tu kami singgah makan sbb nak merasa makanan laut kat sana. fresh dan harga dia murah lah dari semenanjung.

 
**ni antara menu yg kami request. lobster tu sedap oi!

HARI KEDUA 
Sepatutnya ikut tentatif hari kedua kami ke Kundasang and stay kat sana satu malam. tapi si agent ni ubah tentatif  dia kata kami akan ke Kundasang hari ketiga, time tu okay je sebab tak payah banyak kali kemas barang nak tukar2 tempat tinggal, so kami teruskan aktiviti ke Lok Kawi WildLife Park nak masuk kena bayar RM10/seorang sini macam zoo lah. macam binatang ada. masa kat sana ada pertunjukkan haiwan PERCUMA so kami berkesempatan lah tengok :D *abg yang pegang parrot tu macho. kbye. 
**excuse my friends yang sentiasa excited time ambil gambar :D

**kami singgah satu mall ni (lupa nama mall ni) utk lunch. honestly kat sini kami prefer makan fast food dan terpaksa makan fast food -,-

*then singgah sekejap kat pasar Philipines/pasar filipina untuk tengok-tengok barang yang kami nak  beli untuk souviner.

Sepatutnya malam hari kedua ni kami perlu mengemas dan bersiap nak ke Kundasang bermalam kat sana. tapi kawan aku dapat call dari Abi  kata kat Kundasang ada paip utama pecah dan homestay kat sana tak ada air kemungkinan dalam 2 hingga 3 hari. memang frust tapi nak buat macam mana kalau dah tak ada air kami pun tak nak lah ambil risiko stay kat sana terutama sekali bila fikir tentang keselesaan kawan-kawan yang lain.

Driverguide kami yang baik hati ni kesian sebab kami tak dapat stay Kundasang so dia decide untuk gerak awal around 4 pagi ke sana dengan harapan dapatlah tgk view Gunung Kinabalu awal2 pagi tu. and kami pun bersetuju sebab dia sendiri bagi idea tu, Dia suruh inform kat Abi TAPI si Abi ni kata kami tak boleh gerak awal sebab kereta Alza yang kami guna tu kena tukar dengan kereta Alza lain sebab kereta tu dah didaftarkan ke Labuan. Gila tak sakit hati kau ! kita dah booked dari AWAL NOVEMBER lagi boleh dia sedap2 je nak tukar-tukar kereta bagai. time ni memang panas betul. Aku argue teruk jugak dgn si Abi dalam telefon tapi sikit pun dia tak sebut perkataan MAAF WALAUPUN DIA TAHU TU SALAH DIA. ! dah mula-mula kata dapat kereta EXORA sudahnya kami dalam Azla yang kena PANDU DAN ISI MINYAK SENDIRI ! Lepas tu sedap2 je nak tukar-tukar kereta. memang ikut geram hati ni nak je kami bawak kereta tu ke Kundasang biar rumit lah urusan dia. *nasib baik time tu syaitan tak kuat menghasut buat cenggitu -,-

HARI KETIGA 

Pagi-pagi lagi kami da keluar ke Kundasang dan tukar kereta dengan kereta yang lain. Disebabkan semalam kami da isi minyak FULL TANK, malam tu aku sempat kata kat Abi suruh isikan minyak FULL TANK kat kereta yang ditukarkan tu,
* Alhamdulillah masa kami sampai awan tak menutupi Gunung Kinabalu so nampak jelas gunung tu ^_^

Sampai dekat Kundasang lagi sekali hati ni BERAPI ! driverguide kami pergi tanya kawan dia ada air tak kat sini?  then tahu kawan dia kata apa? ADA ! ADA! cisss.. panas betul. aku tak paham lah si Abi ni apa masalah dia. dia tak dapat cari homestay kat Kundasang ke camna? kami dari jauh kononnya nak enjoy bercuti pilih agent dengan harapan dapat lancarkan perjalanan tapi lepas satu, satu lagi kejadian menyakitkan hati !

Dah nak buat camna kami pun terpaksa lah balik semula ke KK sebab barang-barang semua kat homestay sana. so kat Kundasang driverguide bawa jalan-jalan je lah kat tempat yang menarik untuk merawat hari yang membara. haha! nasib baik dapat driverguide yang sporting habis!

Next destination kami singgah di Desa Cattle Dairy Farm Sabah. rasanya kalau org ke Kundasang memang ni jadi tempat wajib singgah. dekat sini fee masuk RM 5/orang.






**duit RM 1 tu sebab diorang ni gigih bandingkan Gunung Kinabalu kat duit tu dengan Gunung Kinabalu sebenar. Haha!


**masing2 minum susu, yogurt dan aiskrim dari susu-susu lembu yang fesh dan diproses kat sana. sedap !

Next, kami pergi ke Fish Spa. kena bayar RM 5/orang. kalau nak bawa camera kena bayar RM 3/satu kumpulan dan nak bagi ikan makan kena beli satu paket kecil RM1.


**mula2 geli sebab ikan banyak sgt. dan hati-hati ada ikan yang MENGGIGIT =='

** masukkan kaki dalam air ikan mula datang, untuk tarik lagi perhatian ikan-ikan tu kenalah kasi makanan. time ni aku jahat habis ikan tu aku rasa nak pijak sekor-sekor kahhh !



**ada satu mini jambatan gantung kat Fish Spa ni. so boleh lah tengok ikan-ikan tu dari atas jambatan gantung ni.

Lepas penat main dengan ikan-ikan tu kami singgah ke Kawasan Air Panas Poring (Poring Hot Spring Area) nak masuk kena bayar Rm 3/ orang. Ada satu kolam paling besar kat sini kena bayar RM 3/jam dan ada jugak satu kolam private kena bayar juga tapi aku lupa berapa RM. Tak banyak aku ambil gambar kat sini. aku pun tak tahu kenapa =='
**yang ada bumbung macam pondok tu semua tempat-tempat kecil air panas. cukuplah untuk rendam-rendam kaki

Okay next, kami singgah di kaki Gunung Kinabalu. Kiranya kat sinilah tempat pendaki-pendaki mulakan pendakian ke Gunung Kinabalu.




** kat sini memang sejuk, lagi2 kami singgah masa petang nak ke malam. kalau lama2 boleh beku :D
**view sunset dari kaki Gunung Kinabalu

Lepas seharian berjalan kami terus balik ke KK rehat kat homestay. Badan pun da penat sgt da time ni.

HARI KEEMPAT

Hari terakhir kami kat KK. kami gerak lewat sikit and settle check out homestay sekali. Seperti biasa kami plan last day hari untuk cari souvenir. kami singgah pasar filipina sebab kat sana complete semua benda ada. so berhabislah ratusan ringgit kat sana beli mutiara, kuih cincin, kopi (kopi tendom sabah tu sedap yang paket biru tu. rugi beli sikit), baju dan macam-macam lagi lah. lama jugak habiskan masa kat sana. then kami singgah salah satu masjid kat KK. lupa nama masjid ni utk jamak solat zohor dan asar. lepas settle semua kami ke Tanjung Aru semula untuk makan sebelum terus ke Airport. kami ambil flight malam dalam 9.25 pm so tak da lah rushing sgt nak ke airport.

Oh ya! sampai kat airport aku berharaplah jumpa balik Abi dengan harapan mungkin dia mintak maaf dan pulangkan balik RM 100 lebih duit homestay yang kami tak jadi stay kat Kundasang tu. malangnya DIA TAK DATANG PUN! duit yang sepatutnya RM 100 tu dia kurangkan RM 70 atas alasan Alza yang kami tukar tu minyak tak full. otak dia satu takuk minyak sampai RM30 Alza je kot! hangin lagi time tu BERKIRA BETUL SI ABI NI ! Driverguide kami pun kesian tengok kami dilayan macam tu. so dia bagi nombor telefon dia incase kalau ada sesiapa nak ke Sabah dia akan recommend dekat agensi percutian sabah yang lain.

Overall Sabah memang satu tempat percutian yang menarik lagi-lagi kat sana banyak pulau-pulau yang cantik. tapi malangnya kami tak berkesempatan pun ke pulau2, itu pun sebab Abi tipu kata RM25/pax sampai sana kata Rm70++/pax hangin lagi. (simpan utk honeymoon nanti je lah -,-) so sesiapa nak ke Sabah kalau dengan family / honeymoon / kawan2 boleh pergi sendiri tanpa ambil pakej untuk elak pekara yang tak diingini. boleh cari hotel/kereta sewa dan drive sendiri. tak susah mana pun jalan kat Sabah tu kami pun banyak guna Google Map sebab selalu kena tinggal dgn driverguide haha !

Review jelas tentang Abi si agent Sabah Redho Travel and Tours / Sabah Best Travel secara lengkap boleh klik ini . kawan aku ada bagi review khas untuk beliau. BACA BAHAGIAN KOMEN SEKALI YE :)

p/s aku ada guna hashtag #sabahbesttravel #sabahredhotravelandtours #notrecomandedagent kat instagram aku @_nikihsa . dan agak terkejut ada dua orang hamba Allah ni DM aku tanya pasal agent ni. sorang tak booking lagi. tapi lagi sorang da booked dan bayar desposit tapi Abi diam seribu bahasa. harap2 dia dapat respond dgn cepat dari abi sebab takut jadi mangsa macam peng'komen' di blog kawan aku tu.



















Sunday 14 September 2014

JALAN-JALAN : ART STREET PENANG

Assalamualaikum ! Alhamdulillah dah masuk Semester 1 utk sidang 2014/15 (^__^)

hokeyy, 2 hari lepas aku planned dengan suha, lili n zaty nak p Art Street Penang. nak di jadikan cerita depa ni plan sebab kesian kat aku yang dah dua tahun duduk penang tapi xpernah p tempat ni T_T

so plan punya plan kami decide nak p hari sabtu ( 13/9/2014). so nak cerita 1st experience kat Art Street ni, okey lah not bad. seronok ambil gambar dgn lukisan2 yang ada kat sana.. ! (sbb iolss kan suka bergambar :P)  Oh ! lupa nak bagitahu kami p sana naik Rapid Penang. Caranya tunggu kat bus stop Sg dua, USM tu (dari USM xpayah lintas jalan tau)  cari bas ke Jetty (lupa nombor bas). Tiket bas RM 2 je (soo jimat compare ambil student cab @ sewa kereta) korang behenti di Jeti. sampai je kat Jetty kiteorang breakfast dulu, ha yelah kan nanti tak larat plak nak kayuh basikal :P

kami round area sini 100% naik basikal yang kami sewa. Sewa basikal RM 10 per day. so kami ambil sorang satu basikal. bagi yang nak naik berdua pun ada dan nak bawak anak kecik pun ada basikal khas dia (sory lupa nak ambil gambar)




  * ni gambar iolss naik basikal, jangan risau sebab byk tempat yg sediakan basikal sewa. boleh pilih mana yang korang nak.


lepas je p kedai sewa basikal dan peta (ni percuma dan wajib ambil sebab senang nak tahu jalan yang mana ada lukisan) kami pun mulakan perjalanan. dan Suha jadi Pilot kami :)







*di antara gambar-gambar yang kami snap kat art street, aceli byk lagi nanti letak semua, puas plak nak scroll -,-

hokey, lepas tu kami p Muzium 3D Penang. Kat sini nak masuk kena bayar RM 10 sebab kami guna student card dan Ic. kalau dewasa bayaran RM15, kanak2 dan warga emas RM 10 ( kena  tunjuk IC tau )






*ni pun few gambar yang diambil, byk lukisan kat sini so boleh nak bergambar dengan semua lukisan yang ada. btw cara nak bergaya dgn lukisan pun ada boleh refer kat setiap bahagian sisi lukisan :) 

kami pun ada singgah di Chew Jetty sebelum singgah di Muzium 3D ni






* ni pulak gambar di sekitar Chew Jetty. Kat sini ada lah kedai2 nak beli souvenirs, kedai makanan dan minuman (yang jualnya orang cina, so kami tak beli lah hihi)


*sebelum lupa, ni Mee Sotong, makanan ni famous kat padang kota. harga RM 5 rasa sedap. ramai yg beratur panjang nak beli, tp jgn risau tak lama sebab tukang masak dia cepat ! (tapi aku tunggu lama sbb ada org yg beli byk sgt utk bungkus -,- )

lepas round area sana, kami pulangkan basikal then tunggu bas kat tempat kami turun. so plan nak p Komtar. kami naik lah bas Free Shuttle (bas ni naik ja, PERCUMA hokey ! ) round2 kat area sana, masuk Prangin Mall, 1st Avenue dan last sekali p bus station tunggu bas balik ke USM. kami ambil Rapid Penang nombor 303 sebab nk turun di Sungai Dua. Tiket bas RM2 ja :)

so ni lah sepanjang seharian kami round kat penang. lama jugak lah dari pukul 8:30 pagi keluar, around 7 : 20 malam balik. sempat jugak singgah kat pasar malam Sungai Dua utk beli makan malam :) penat dan best ! ^_^ 

The end~ 










Sunday 11 May 2014

iNi Di pAnGgiL KeHiduPaN

huhhh ! study~ study.. ehh baru tulis da mengeluh :P 
nothing changed.. aku masih di USM, mengadap assignment yg Alhamdulillah hampir surut dan dalam hati masih mengira detik saat utk balik ke rumah.. okeyh ni kira rutin harian aku lah.. haha

sem ni sama mcm sem2 sebelum ni.. semuanya agak tough.. masuk sem 2 sidang 2 ni aku kena run satu projek 'peternakan lembu' buat CPP.. rasanya ni lah asgment yang paling heavy.. buat Alhamdulilah dah selesai pun :)

next, aku ada jadi pengarah projek Family Day under PEMANIS.. okey ni first time aku jd pengarah projek utk aktiviti luar T__T nasib baik ramaiiiii sgt membantu.. dan semuanya berjalan lancar.. aku pilih pegi Langkawi.. hmm not bad sebab yayasan N.sembilan yang tanggung.. yeayyy ! so duit boleh spend utk shopping.. as usual org pegi sana beli cokelat, cokelat cokelat ! 
*ni masa island hopping.. singgah p pantai beras basah.. honestly terpegun gilaaaa tgk keindahan alam ! SubhanaAllah ! cantik sgt !

* okey yg ni dgn senior masa TMS n USM, kak Zati aka Kak Izzat :) dekat Tasik Dayang Bunting
p/s dua hari sebelum kami mai sini, ade org mati tau kat tasik ni huhu

so far rasanya sem ni lagi busy dengan aktiviti compare dengan sem lepas.. apa2 un xsabar cuti study week.. insyaAllah flight pukul 11:20 pagi 28 mei 2014 :) N.sembilan kau tunggun den datang !! :D

-EkinLunar-

Sunday 24 November 2013

USM meMbunuHku T_T

perghhh tajuk xboleh blah hahaha.. serius! sem 1 tahun 2 memang adventure gilakkk.. assignment yang bertingkek-tingkek dan xpernah nak surut.. lagi2 dekat dengan tarikh nak hantar.. menangis woo layan assignmet duopulohpatjam -__-

bila stress macam ni, rasa xsabar je nak balik rumah, sebab balik rumah akan rasa TENANG SETENANG TENANGNYA.. kata rumahku syurgaku gittew haha.. sem ni ada buat kajian lapangan tentang outcome BR1M.. agak menarik bila semua benda kami kena settlekan sendiri.. huh! dapat pulak ke Seberang Perai Selatan (SPS) agak jauh bagi kami yang duduk kat Pulau ni -,- 3 hari ulang alik ke SPS, drive kereta sewa yang macam hidup segan mati xmahu.. akhirnya! soal selidik settle! D yeaaayy
ni lili n zaty dengan Datuk Mahamud kat pejabat kadun sg acheh, mula2 kami xtau pun pakcik ni YB haha sebab dia selamba je kata suruh aku amik gambar dia =='
akk yg kat belah kiri n abg kat belah kanan tu kakitangan kat pejabat kadun sg Aceh ni :) sporting habis, akk n abg tu yg tolong kami cari responden **err tolong lah jugak**

yg ni masa tengah temubual responden.. time ni ada org kuat PKR emosi.. depa ingat kami ni org BN agaknya.. padahal dtg sebab nak buat kajian je T_T

paper yang da ditanda n sekarang nk buat penilaian pulak :)
harap2 xada apa2 halangan lagi lah utk siapkan kajian ni.. penat ! but pengalaman yang bagus sebab jumpa orang ramai :) 

dan! sekarang misi aku nak tunggu study week 21/12/13 ni.. xsabar nak balik rumah ! hoyeaayy ! :D

Friday 27 September 2013

SiDanG 2 (SEM 1) USM be NiCe PleAse!

alohhaaa! alhamdulilah masa berganti masa aku dah masuk pun sidang dua kat USM 'tercinta' ni.. the best part is aku masih lagi berada dibilik yg sama, katil yang sama dannnnn.. dannnnn... dan... ROOMATE yg sama! yeaaahhhh !

mulakan semester ni dengan kerja yang agak penat sebab kena jadi pengarah projek untuk bengkel pena under kelab 3P.. fuhhh! serious talk! penat weyhhh! tanpa pengalaman n guide daripada sesiapa memang susah ! tapi insyaAllah bengkel tu akan proceed next week 5 oktober 2013!
**over x siap letak gambar lagi hahaha :P

okeyh! subjek sem ni agak tough ! sebab aku byk amik subjek wajib.. hmmm semoga Allah permudahkan urusan dunia ni.. insyaAllah ! honestly, rasa rindu gila nak balik rumah.. maybe lama sgt cuti, so bila awal2 masuk sem ni rasa sebak je nak balik T_T

one more thing! rasa penat sgt sebab perkhidmatan bas sangat2 teruk. so penat jalan kaki nak p kelas :( tapi tapi tapiiiiii... insyaAllah balik raya haji nanti aku post moto ke USM ni. yeayyy! xlarat da nak jalan kaki.. nasib baik parents aku setuju.. alhamdulilah senang sikit nak p kelas.. xpayah nak tunggu lama n berebut naik bas :)