Click here for Myspace Layouts

Thursday 14 April 2016

Review : ShOrt EscapE : Sabah !

fuhhh ! lama gila tak update blog ni. sampaikan lupa nama blog sendiri T_T hukkk.

Assalamualaikum semua ! *lambai-lambai tangan!

tiket Air Asia selalu buat promotion kan? so aku dengan kawan-kawan lain pakatlah nak bercuti. maklumlah dah tahun akhir, fefeeling lah nak spend masa dgn kawan2 sebelum balik ke negeri masing-masing. Asalnya nak ke Vietnam tapi ramai yang tak boleh ke luar negara atas beberapa faktor, so kami decide nak bercuti dalam negera je. so kami pilih SABAH. Boleh Bah Kalakau! 

**ni lah semua kawan2 yang pegi. total 16 orang 7 lelaki dan 9 perempuan ayu cantik molek cun melecun! hee :D 

Firstly mesti nak tahu pasal bajet yedak? disebabkan tiket beli under AA promotion so kami punya tiket flight RM78/seorang untuk dua hala. gilo tekau murah amek! *translate : murah sangat tiket ni :P bincang punya bincang kami pilih cuti semester ketujuh 17 januari 2016 hingga 20 januari 2016 sebagai tarikh keramat nak bercuti 4 hari 3 malam dgn harapan dapat travel sabah dgn puas hati tak terlalu rushing gittew -,- **tips : utk booking AAt tiket jgn pilih hari isnin,sabtu or ahad sebab biasanya tiket dia akan mahal dari hari2 lain.

Disebabkan tak da sorang pun dalam kalangan yang pegi tu org sabah so kami decide nak pegi under pakej yang ditawarkan oleh agent2 percutian di sabah. tapis punya tapis jumlah satu agent ni. kami decide pilih SABAH REDHO TRAVEL AND TOURS aka SABAH BEST TRAVEL atas alasan ada satu blog ni update seronok pergi sabah under agent ni KAT SINI **TOLONG BACA KOMEN2 KAT BLOG TU SEKALI TAU !**so lepas berbincang si agent ni tawarkan pakej RM 3 850 untuk 16 orang dan deposit RM 1300.

Okay bagi korang yang nak bercuti dgn family, kawan or honeymoon please janganlah lah pilih pakej beliau. bukan aku nak tutup periuk nasi orang tapi tak nak orang alami apa yg aku alami kat sana ! apa yang aku hadap ? okay sebelum ke sana means lepas bank in deposit tetiba TUP! En Fazari Sazali aka Abi(owner) tak dapat dihubungi. Gila tak cuak kateko. RM 1k++ kot! bukan singget! sebelum ni masa tengah deal elok je laju balas tapi bila da bank in duit terus senyap. Btw, yg deal dgn si agent ni kawan aku. dia pun ada update blog pasal agent ni klik sini **BACA BAHAGIAN KOMEN SEKALI YE!** lepas tak dapat hubungi call tak jawab mesej tak balas aku pun decide guna nombor telefon aku contact agent ni. Eh! elok pulak dia balas -,- 

HARI PERTAMA

Lepas beberapa hari si agent ni contact semula kawan aku dan kami deal seperti biasa. tapi dalam hati kami ada benda yang tak kena ni. DANNNNN tibalah 17 januari 2016 semua 16 org yang nak pegi nk berkumpul lah kat KLIA 2. p/s time ni aku lupa bawak IC kateko! gigih kakteh and ayong aku speed kalah pelumba kereta handalan tolong hantarankan IC. time tu da pikir dah aku tak dapat join. tp memang takdir nak aku ke sana flight delay n aku sempat amik IC aku. huhuhu okay tutup citer. malu sebab careless T_T hahahaha ! 

Sampai kat sana kami jumpa lah  Abi ni tapi sebelum tu kat KLIA 2 kawan aku yg deal dgn agent ni ada bagitahu kat sana nanti dapat sorang driver je dan satu lagi MPV kena drive sendiri. WHAT THE HECK!! sebab si agent ni kata akan ada dua driver utk dua kenderaan. time tu hati membara lagi. si agent ni janji  bagi satu van dan satu proton EXORA. tapi sampai sana lahh tukar ke ALZA ! membara lagi ! satu perkara yang aku sangat menyesal sebab bagi sepenuhnya balance pakej awal waktu kami sampai. Cisss! sepatutnya kasi separuh dulu, hari akhir baru bagi lagi separuh.

So dari airport kami ke kedai makan dulu sebab masing-masing tengah kebulur. honestly makanan kat sana agak mahal. aku makan nasi lauk ayam dan air sirap limau kena RM 12 kalah mamak kat penang ni huhuhu T_T then kami ke Muzium Sabah sebab student so masuk FREE then kami pegi check in homestay. Alhamdulillah homestay okay dan selesa full furnished. Lepas tu belah petang kiteorg ke  Tanjung Aru tgk sunset.
**kat sini best spot utk sunset lah. tapi air kotor dan busuk. -,-

** ni gambar paling win dekat sana :P


**tak tahu buat style apa sebenarnya tu hahaha LOVE !

Malam tu kami singgah ke Observatory Tower. kat sini kita boleh tengok pemandangan Kota Kinabalu. aku tak da gambar kat sini sebab gayat tinggi -,- lepas tu kami singgah makan sbb nak merasa makanan laut kat sana. fresh dan harga dia murah lah dari semenanjung.

 
**ni antara menu yg kami request. lobster tu sedap oi!

HARI KEDUA 
Sepatutnya ikut tentatif hari kedua kami ke Kundasang and stay kat sana satu malam. tapi si agent ni ubah tentatif  dia kata kami akan ke Kundasang hari ketiga, time tu okay je sebab tak payah banyak kali kemas barang nak tukar2 tempat tinggal, so kami teruskan aktiviti ke Lok Kawi WildLife Park nak masuk kena bayar RM10/seorang sini macam zoo lah. macam binatang ada. masa kat sana ada pertunjukkan haiwan PERCUMA so kami berkesempatan lah tengok :D *abg yang pegang parrot tu macho. kbye. 
**excuse my friends yang sentiasa excited time ambil gambar :D

**kami singgah satu mall ni (lupa nama mall ni) utk lunch. honestly kat sini kami prefer makan fast food dan terpaksa makan fast food -,-

*then singgah sekejap kat pasar Philipines/pasar filipina untuk tengok-tengok barang yang kami nak  beli untuk souviner.

Sepatutnya malam hari kedua ni kami perlu mengemas dan bersiap nak ke Kundasang bermalam kat sana. tapi kawan aku dapat call dari Abi  kata kat Kundasang ada paip utama pecah dan homestay kat sana tak ada air kemungkinan dalam 2 hingga 3 hari. memang frust tapi nak buat macam mana kalau dah tak ada air kami pun tak nak lah ambil risiko stay kat sana terutama sekali bila fikir tentang keselesaan kawan-kawan yang lain.

Driverguide kami yang baik hati ni kesian sebab kami tak dapat stay Kundasang so dia decide untuk gerak awal around 4 pagi ke sana dengan harapan dapatlah tgk view Gunung Kinabalu awal2 pagi tu. and kami pun bersetuju sebab dia sendiri bagi idea tu, Dia suruh inform kat Abi TAPI si Abi ni kata kami tak boleh gerak awal sebab kereta Alza yang kami guna tu kena tukar dengan kereta Alza lain sebab kereta tu dah didaftarkan ke Labuan. Gila tak sakit hati kau ! kita dah booked dari AWAL NOVEMBER lagi boleh dia sedap2 je nak tukar-tukar kereta bagai. time ni memang panas betul. Aku argue teruk jugak dgn si Abi dalam telefon tapi sikit pun dia tak sebut perkataan MAAF WALAUPUN DIA TAHU TU SALAH DIA. ! dah mula-mula kata dapat kereta EXORA sudahnya kami dalam Azla yang kena PANDU DAN ISI MINYAK SENDIRI ! Lepas tu sedap2 je nak tukar-tukar kereta. memang ikut geram hati ni nak je kami bawak kereta tu ke Kundasang biar rumit lah urusan dia. *nasib baik time tu syaitan tak kuat menghasut buat cenggitu -,-

HARI KETIGA 

Pagi-pagi lagi kami da keluar ke Kundasang dan tukar kereta dengan kereta yang lain. Disebabkan semalam kami da isi minyak FULL TANK, malam tu aku sempat kata kat Abi suruh isikan minyak FULL TANK kat kereta yang ditukarkan tu,
* Alhamdulillah masa kami sampai awan tak menutupi Gunung Kinabalu so nampak jelas gunung tu ^_^

Sampai dekat Kundasang lagi sekali hati ni BERAPI ! driverguide kami pergi tanya kawan dia ada air tak kat sini?  then tahu kawan dia kata apa? ADA ! ADA! cisss.. panas betul. aku tak paham lah si Abi ni apa masalah dia. dia tak dapat cari homestay kat Kundasang ke camna? kami dari jauh kononnya nak enjoy bercuti pilih agent dengan harapan dapat lancarkan perjalanan tapi lepas satu, satu lagi kejadian menyakitkan hati !

Dah nak buat camna kami pun terpaksa lah balik semula ke KK sebab barang-barang semua kat homestay sana. so kat Kundasang driverguide bawa jalan-jalan je lah kat tempat yang menarik untuk merawat hari yang membara. haha! nasib baik dapat driverguide yang sporting habis!

Next destination kami singgah di Desa Cattle Dairy Farm Sabah. rasanya kalau org ke Kundasang memang ni jadi tempat wajib singgah. dekat sini fee masuk RM 5/orang.






**duit RM 1 tu sebab diorang ni gigih bandingkan Gunung Kinabalu kat duit tu dengan Gunung Kinabalu sebenar. Haha!


**masing2 minum susu, yogurt dan aiskrim dari susu-susu lembu yang fesh dan diproses kat sana. sedap !

Next, kami pergi ke Fish Spa. kena bayar RM 5/orang. kalau nak bawa camera kena bayar RM 3/satu kumpulan dan nak bagi ikan makan kena beli satu paket kecil RM1.


**mula2 geli sebab ikan banyak sgt. dan hati-hati ada ikan yang MENGGIGIT =='

** masukkan kaki dalam air ikan mula datang, untuk tarik lagi perhatian ikan-ikan tu kenalah kasi makanan. time ni aku jahat habis ikan tu aku rasa nak pijak sekor-sekor kahhh !



**ada satu mini jambatan gantung kat Fish Spa ni. so boleh lah tengok ikan-ikan tu dari atas jambatan gantung ni.

Lepas penat main dengan ikan-ikan tu kami singgah ke Kawasan Air Panas Poring (Poring Hot Spring Area) nak masuk kena bayar Rm 3/ orang. Ada satu kolam paling besar kat sini kena bayar RM 3/jam dan ada jugak satu kolam private kena bayar juga tapi aku lupa berapa RM. Tak banyak aku ambil gambar kat sini. aku pun tak tahu kenapa =='
**yang ada bumbung macam pondok tu semua tempat-tempat kecil air panas. cukuplah untuk rendam-rendam kaki

Okay next, kami singgah di kaki Gunung Kinabalu. Kiranya kat sinilah tempat pendaki-pendaki mulakan pendakian ke Gunung Kinabalu.




** kat sini memang sejuk, lagi2 kami singgah masa petang nak ke malam. kalau lama2 boleh beku :D
**view sunset dari kaki Gunung Kinabalu

Lepas seharian berjalan kami terus balik ke KK rehat kat homestay. Badan pun da penat sgt da time ni.

HARI KEEMPAT

Hari terakhir kami kat KK. kami gerak lewat sikit and settle check out homestay sekali. Seperti biasa kami plan last day hari untuk cari souvenir. kami singgah pasar filipina sebab kat sana complete semua benda ada. so berhabislah ratusan ringgit kat sana beli mutiara, kuih cincin, kopi (kopi tendom sabah tu sedap yang paket biru tu. rugi beli sikit), baju dan macam-macam lagi lah. lama jugak habiskan masa kat sana. then kami singgah salah satu masjid kat KK. lupa nama masjid ni utk jamak solat zohor dan asar. lepas settle semua kami ke Tanjung Aru semula untuk makan sebelum terus ke Airport. kami ambil flight malam dalam 9.25 pm so tak da lah rushing sgt nak ke airport.

Oh ya! sampai kat airport aku berharaplah jumpa balik Abi dengan harapan mungkin dia mintak maaf dan pulangkan balik RM 100 lebih duit homestay yang kami tak jadi stay kat Kundasang tu. malangnya DIA TAK DATANG PUN! duit yang sepatutnya RM 100 tu dia kurangkan RM 70 atas alasan Alza yang kami tukar tu minyak tak full. otak dia satu takuk minyak sampai RM30 Alza je kot! hangin lagi time tu BERKIRA BETUL SI ABI NI ! Driverguide kami pun kesian tengok kami dilayan macam tu. so dia bagi nombor telefon dia incase kalau ada sesiapa nak ke Sabah dia akan recommend dekat agensi percutian sabah yang lain.

Overall Sabah memang satu tempat percutian yang menarik lagi-lagi kat sana banyak pulau-pulau yang cantik. tapi malangnya kami tak berkesempatan pun ke pulau2, itu pun sebab Abi tipu kata RM25/pax sampai sana kata Rm70++/pax hangin lagi. (simpan utk honeymoon nanti je lah -,-) so sesiapa nak ke Sabah kalau dengan family / honeymoon / kawan2 boleh pergi sendiri tanpa ambil pakej untuk elak pekara yang tak diingini. boleh cari hotel/kereta sewa dan drive sendiri. tak susah mana pun jalan kat Sabah tu kami pun banyak guna Google Map sebab selalu kena tinggal dgn driverguide haha !

Review jelas tentang Abi si agent Sabah Redho Travel and Tours / Sabah Best Travel secara lengkap boleh klik ini . kawan aku ada bagi review khas untuk beliau. BACA BAHAGIAN KOMEN SEKALI YE :)

p/s aku ada guna hashtag #sabahbesttravel #sabahredhotravelandtours #notrecomandedagent kat instagram aku @_nikihsa . dan agak terkejut ada dua orang hamba Allah ni DM aku tanya pasal agent ni. sorang tak booking lagi. tapi lagi sorang da booked dan bayar desposit tapi Abi diam seribu bahasa. harap2 dia dapat respond dgn cepat dari abi sebab takut jadi mangsa macam peng'komen' di blog kawan aku tu.



















No comments:

Post a Comment