Click here for Myspace Layouts

Monday, 12 March 2012

WaHai wAniTa...!


1) Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.

2) Rasulullah bersabda , maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki”.

3) Rasulullah bersabda : “Dunia ini adalah perhiasaan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita ( isteri ) yang soleh”.

4) Rasulullah bersabda : “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga”.

5) Rasulullah bersabda : “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya. ( mas kahwin ).

6) Rasulullah bersabda : ‘Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah ( perang sabil ).