Click here for Myspace Layouts

Sunday 14 September 2014

JALAN-JALAN : ART STREET PENANG

Assalamualaikum ! Alhamdulillah dah masuk Semester 1 utk sidang 2014/15 (^__^)

hokeyy, 2 hari lepas aku planned dengan suha, lili n zaty nak p Art Street Penang. nak di jadikan cerita depa ni plan sebab kesian kat aku yang dah dua tahun duduk penang tapi xpernah p tempat ni T_T

so plan punya plan kami decide nak p hari sabtu ( 13/9/2014). so nak cerita 1st experience kat Art Street ni, okey lah not bad. seronok ambil gambar dgn lukisan2 yang ada kat sana.. ! (sbb iolss kan suka bergambar :P)  Oh ! lupa nak bagitahu kami p sana naik Rapid Penang. Caranya tunggu kat bus stop Sg dua, USM tu (dari USM xpayah lintas jalan tau)  cari bas ke Jetty (lupa nombor bas). Tiket bas RM 2 je (soo jimat compare ambil student cab @ sewa kereta) korang behenti di Jeti. sampai je kat Jetty kiteorang breakfast dulu, ha yelah kan nanti tak larat plak nak kayuh basikal :P

kami round area sini 100% naik basikal yang kami sewa. Sewa basikal RM 10 per day. so kami ambil sorang satu basikal. bagi yang nak naik berdua pun ada dan nak bawak anak kecik pun ada basikal khas dia (sory lupa nak ambil gambar)




  * ni gambar iolss naik basikal, jangan risau sebab byk tempat yg sediakan basikal sewa. boleh pilih mana yang korang nak.


lepas je p kedai sewa basikal dan peta (ni percuma dan wajib ambil sebab senang nak tahu jalan yang mana ada lukisan) kami pun mulakan perjalanan. dan Suha jadi Pilot kami :)







*di antara gambar-gambar yang kami snap kat art street, aceli byk lagi nanti letak semua, puas plak nak scroll -,-

hokey, lepas tu kami p Muzium 3D Penang. Kat sini nak masuk kena bayar RM 10 sebab kami guna student card dan Ic. kalau dewasa bayaran RM15, kanak2 dan warga emas RM 10 ( kena  tunjuk IC tau )






*ni pun few gambar yang diambil, byk lukisan kat sini so boleh nak bergambar dengan semua lukisan yang ada. btw cara nak bergaya dgn lukisan pun ada boleh refer kat setiap bahagian sisi lukisan :) 

kami pun ada singgah di Chew Jetty sebelum singgah di Muzium 3D ni






* ni pulak gambar di sekitar Chew Jetty. Kat sini ada lah kedai2 nak beli souvenirs, kedai makanan dan minuman (yang jualnya orang cina, so kami tak beli lah hihi)


*sebelum lupa, ni Mee Sotong, makanan ni famous kat padang kota. harga RM 5 rasa sedap. ramai yg beratur panjang nak beli, tp jgn risau tak lama sebab tukang masak dia cepat ! (tapi aku tunggu lama sbb ada org yg beli byk sgt utk bungkus -,- )

lepas round area sana, kami pulangkan basikal then tunggu bas kat tempat kami turun. so plan nak p Komtar. kami naik lah bas Free Shuttle (bas ni naik ja, PERCUMA hokey ! ) round2 kat area sana, masuk Prangin Mall, 1st Avenue dan last sekali p bus station tunggu bas balik ke USM. kami ambil Rapid Penang nombor 303 sebab nk turun di Sungai Dua. Tiket bas RM2 ja :)

so ni lah sepanjang seharian kami round kat penang. lama jugak lah dari pukul 8:30 pagi keluar, around 7 : 20 malam balik. sempat jugak singgah kat pasar malam Sungai Dua utk beli makan malam :) penat dan best ! ^_^ 

The end~ 










Sunday 11 May 2014

iNi Di pAnGgiL KeHiduPaN

huhhh ! study~ study.. ehh baru tulis da mengeluh :P 
nothing changed.. aku masih di USM, mengadap assignment yg Alhamdulillah hampir surut dan dalam hati masih mengira detik saat utk balik ke rumah.. okeyh ni kira rutin harian aku lah.. haha

sem ni sama mcm sem2 sebelum ni.. semuanya agak tough.. masuk sem 2 sidang 2 ni aku kena run satu projek 'peternakan lembu' buat CPP.. rasanya ni lah asgment yang paling heavy.. buat Alhamdulilah dah selesai pun :)

next, aku ada jadi pengarah projek Family Day under PEMANIS.. okey ni first time aku jd pengarah projek utk aktiviti luar T__T nasib baik ramaiiiii sgt membantu.. dan semuanya berjalan lancar.. aku pilih pegi Langkawi.. hmm not bad sebab yayasan N.sembilan yang tanggung.. yeayyy ! so duit boleh spend utk shopping.. as usual org pegi sana beli cokelat, cokelat cokelat ! 
*ni masa island hopping.. singgah p pantai beras basah.. honestly terpegun gilaaaa tgk keindahan alam ! SubhanaAllah ! cantik sgt !

* okey yg ni dgn senior masa TMS n USM, kak Zati aka Kak Izzat :) dekat Tasik Dayang Bunting
p/s dua hari sebelum kami mai sini, ade org mati tau kat tasik ni huhu

so far rasanya sem ni lagi busy dengan aktiviti compare dengan sem lepas.. apa2 un xsabar cuti study week.. insyaAllah flight pukul 11:20 pagi 28 mei 2014 :) N.sembilan kau tunggun den datang !! :D

-EkinLunar-