Click here for Myspace Layouts

Monday, 3 December 2012

mY liFe aS a USM's StuDenT~

assalamualaikum! warghhh.. da lama xupdate blog ni pasal personal life kan? ^_^ fuhhh~ berhabuk da =='

1st thing, Alhamdulilah masih lagi diberi kesempatan oleh maha pencipta utk terus bernafas di muka bumiNya..

sekarang da masuk bulan ke 4 aku ada kat USM, Penang ^_^ walaupun xpernah jangka dpt blaja di satu-satunya universiti berstatus APEX dalam MALAYSIA ni.! hehe Allah mengatur segala sesuatu dalam kehidupan setiap hambaNya.. dan.... mungkin memang kat sini aku di takdirkan utk menimba ilmu selama 4 tahun dlm course Bachelor of Social Science ^_^

mula2 dapat offer kat sini memang menangis wooo.. bkn menangis sebab suka, tp menangis sebab sangat2 sedih kena stdy jauh.. negeri sembilan to penang?? giler xjauh -_-'' *6jam naik bas, patah pinggang ohh* haha! xpernah terpikir dalam hidup aku nk stdy kat sini.. sebab 20 tahun hidup, ni lar 1st time aku pisah jauh drpd family.. yelah dulu pun ambil STPM dekat kuala pilah je.. sampai je kat USM agak tercari2 jugak masa utk suaikan diri dengan tempat yg baru, kawan baru, persekitaran baru dan jauh dari FAMILY T__T the most best part of memory bila 1st time aku balik dari penang ke negeri sembilan.. fuhhh rasa mcm dlm perantauan ohhh.. naik bas sorang2 n semuanya urus sendiri.. tp aku kena kuatkan semangat! sebab.... I'm 20th okey..!! haha!

kat USM ni aku dpt roomate yang sgt2 awesome ^_^ her name is NOR ELIA dan aku panggil dia YAYA! dengar nama pun da tahukan dia jenis happy good lucky.. dan utk sem satu ni aku selalu pegi kelas dengan 4 orang course's mate, ija, zati, lili n suha :) alhamdulilah dekat USM ni aku dpt kawan2 yang sgt2 okey.. sekurang-kurangnya xdelah aku ade apa2 masalah dengan orang-orang kat sini.. hehe

sekarang ni aku tengah tunggu cuti study week.. xsabar nak balek rumah coz nk hilangkan sedikit stress sempena final nanti :( then after final ada cuti sem sebulan.. yeahhh CUTI!!! sgt2 heaven and excited haha!^__^ insyaAllah kalau panjang umur bulan 2 tahun depan aku masuk balek ke USM utk sem 2.. hope sem 2 xde la stress sgt sebab time tu aku da boleh pilih major n minor *berdasarkan subjek yg aku minat! xde la kena blaja ekonomi! yeah! :D*

support drpd family yang sgt kuat buatkan aku kena kuatkan semangat utk terus berada kat tempat orang ni *walaupun homesick*.. dan my future zauj yang sentiasa bg nasihat n dorongan buatkan aku rasa xkeseorangan kat sini sebab dia ada utk dengar aku membebel, berkongsi seribu satu rasa, susah senang kat sini  *touching*

I love USM.. try to be no 1, we lead~ :)

~sgt sedih sebab xboleh upload gambar kat sini T__T~



Tuesday, 30 October 2012

wAniTa~


Allah S.W.T mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dalam kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.
 Nabi saw bersabda : “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah Swt, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”
* Seoarang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.
* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
* Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.
* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.
* Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Swt akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.
* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.
* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah swt, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga.
* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.
* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah. Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai AL-Khalik”
Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada Allah Swt, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi. Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.
Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang laki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan.. Semua tergantung kepada amalan para wanita.
Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :
“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemuda lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”
Sekarang sudah jelas dengan apa dan bagaimana seharusnya kita bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para pemuda dapat mengarahkan wanita kearah kebaikan, selama dari pihak pemuda tidak mempunyai keinginan kearah tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia…
sumber: Mujahidah Solehah

Thursday, 4 October 2012

sYukuR dAn kUfuR niKmAt :)


DARI Abu Hurairah r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya ada tiga orang dari Bani Israil, iaitu: seorang penderita sakit kusta, seorang berkepala botak, dan seorang buta. Allah ingin menguji mereka bertiga, maka diutuslah kepada mereka seorang Malaikat. Pertamanya datanglah Malaikat itu kepada si penderita sakit kusta dan bertanya kepadanya, “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?’ Ia menjawab, “Rupa yang elok, kulit yang indah, dan apa yang telah menjijikkan orang-orang ini hilang dari tubuhku.” Maka diusap-usapnya kulit penderita sakit kusta itu dan hilanglah penyakit yang dideritanya, serta diberilah ia rupa yang elok dan kulit yang indah.
Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, “Lalu kekayaan apa yang paling kamu senangi?” Jawabnya, “Unta atau sapi.” Maka diberilah ia seekor unta yang bunting dan didoakan, “Semoga Allah melimpahkan berkah~Nya kepadamu dengan unta ini.”
Kemudian Malaikat itu mendatangi orang berkepala botak dan bertanya kepadanya, “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?” Ia menjawab, “Rambut yang indah yang hilang dari kepalaku apa yang telah menjijikkan orang-orang.” Saat Malaikat itu mengusap kepala orang yang botak itu, maka hilanglah penyakitnya serta tumbuhlah rambut yang indah. Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, “Kekayaan apa yang paling kamu senangi?” Jawabnya, “Sapi atau unta.” Maka diberilah ia seekor sapi bunting dan didoakan, “Semoga Allah melimpahkan berkah~Nya kepadamu dengan sapi ini.”
Selanjutnya Malaikat tadi mendatangi si buta dan bertanya kepadanya, “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?” Ia menjawab, “Semoga Allah berkenan mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat.’ Maka diusap-usapnya wajah orang buta itu, dan ketika itu dikembalikan oleh Allah penglihatannya. Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, “Lalu, kekayaan apa yang paling kamu senangi?” Jawabnya, “Kambing.” Maka diberilah seekor kambing bunting kepadanya.
Waktu berselang, maka berkembang biaklah unta, sapi dan kambing tersebut, sehingga orang pertama mempunyai selembah unta, orang kedua mempunyai selembah sapi, dan orang ketiga mempunyai selembah kambing.
Dengan perintah Allah datanglah Malaikat itu lagi kepada orang yang sebelumnya menderita sakit kusta dengan menyerupai dirinya dan berkata, “Aku ini seorang miskin, telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku, sehingga aku tidak akan dapat meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan Allah, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi Allah yang telah memberi kamu rupa yang elok, kulit yang indah, dan kekayaan ini, aku meminta kepada kamu seekor unta saja untuk bekal melanjutkan perjalananku.” Tetapi dijawab, “Hak-hak (tanggunganku) banyak.”
Malaikat yang menyerupai orang penderita sakit kusta itu pun berkata kepadanya, “Sepertinya aku mengenal kamu. Bukankah kamu ini yang dulu menderita sakit kusta, orang-orang jijik kepada kamu, lagi pula orang melarat, lalu Allah memberi kamu kekayaan?’ Dia malah menjawab, “Sungguh, harta kekayaan ini hanyalah aku warisi turun-temurun dari nenek moyangku yang mulia lagi terhormat.” Maka Malaikat itu berkata kepadanya, “Jika kamu berkata dusta, nescaya Allah akan mengembalikan kamu kepada keadaan kamu dahulu.” Setelah malaikat meninggalkannya, maka dengan serta merta Allah mengembalikan penyakitnya dulu semula dan segala kekayaannya lenyap.
Kemudian Malaikat tersebut mendatangi pula orang yang sebelumnya botak dengan menyerupai dirinya berkepala botak, dan berkata kepadanya seperti yang dia katakan kepada orang yang pernah menderita sakit kusta. Namun ia ditolaknya sebagaimana telah ditolak oleh orang pertama itu. Maka berkatalah Malaikat yang menyerupai dirinya itu kepadanya, “Jika kamu berkata dusta, nescaya Allah akan mengembalikan kamu kepada keadaan seperti dahulu.” Bila Malaikat itu beredar, demikianlah juga Allah mengembalikan keadaan orang itu seperti dulu berkepala botak dan miskin.
Akhirnya, Malaikat tadi mendatangi pula orang yang sebelumnya buta dengan menyerupai dirinya pula, dan berkatalah kepadanya, “Aku adalah seorang miskin, kehabisan bekal dalam perjalanan dan telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku ini, sehingga aku tidak akan dapat lagi meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan Allah, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi Allah yang telah mengembalikan penglihatan kamu, aku meminta seekor kambing saja untuk bekal melanjutkan perjalananku.”
Orang itu menjawab, “Sungguh, dahulu aku buta, lalu Allah mengembalikan penglihatanku. Maka, ambillah apa yang kamu suka dan tinggalkan apa yang kamu tidak suka. Demi Allah, sekarang ini aku tidak akan mempersulit kamu dengan memintamu mengembalikan sesuatu yang telah kamu ambil kerana Allah.” Malaikat yang menyerupai orang buta itupun berkata, “Peganglah kekayaan kamu, kerana sesungguhnya kalian ini hanyalah diuji oleh Allah. Allah telah redha kepada kamu, dan murka kepada kedua teman kamu.”
Hikmah: Tiga orang dalam hadith di atas mewakili dua contoh yang berbeza, seorang sebagai contoh orang yang bersyukur terhadap nikmat-nikmat Allah dan dua orang yang kufur akan nikmat~Nya. Dengan syukur, nikmat akan terjaga dan jika kufur maka nikmat akan lenyap dan terangkat.
Sumber: Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab Ahadisil Anbiya’, bab hadis tentang orang berpenyakit kusta, orang buta dan orang botak Bani Israil (6/500 no. 3464). Dan Bukhari menyebutkannya secara ringkas sebagai penguat dalam Kitabul Iman wan Nudzur, (11/540), no. 6653. Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dalam Kitabuz Zuhd war Raqaiq, (4/2275), no. 2964. Hadis ini dalam Syarah Shahih Muslim An-Nawawi, 18/398.

Saturday, 4 August 2012

what's should I do?

love~ it's creates thousand feeling.. yeaahh.. i thought i already feel it.. dia bagi kekuatan, dia bagi kebahagiaan, dia bagi ketenangan.. setiap masa, waktu dan ketika.. 

bila sesuatu yg telah menjadi prinsip hidup kita tuk bertahun lamanya, berpegang teguh pada prinsip.. sgt yakin dgn prinsip yg di buat dan di tanam dalam diri.. dan yg paling utama, prinsip itu telah di ulang berkali2, di ingatkan berkali2...  tiba2 sesuatu perkara xdikehendaki terjadi berkaitan dgn prinsip hidup yg di pegang.. terasa diri sgt2 dikhianati.. terkilan... kecewa.. sedih.. lagi2 bila prinsip itu 'di ganggu' oleh org yg paling kita syg.. 

sgt terkilan dan kecewa.. mungkin sebab yg di terima munasabah.. tetapi hati rasa sgt kosong apabila masalah itu cuba di terangkan.. mana perginya kekuatan, kebahagiaan dan ketenangan? rasa jauh.. sgt jauh.. i try to find it back.. but i lost.. lost! 

i want the relay.. i need the relay.. but i can't accept when he ruined all trust that i give to him.. its so cruel..! but deep inside my heart.. i love him.. this thing make me thinks twice! i dont know what i need to do.. peluang kedua? kat mana nak cari peluang kedua kalau hati sentiasa curiga, tak yakin, ragu2??  maybe after we built up our relay, i need more concern and not trust him too much.. tapi! aku tak nak macam tu.. bila relay itu di bina, kepercayaan, kejujuran, kesetiaan adalah perkara utama.. 

my mom felt that something bad happened to me.. she asked me.. 'kenapa lain mcm ni, termenung.. xpernah tgk kau macam ni, sakit ke?' i replied ' bila orang buat salah kat kita, perlu ke kita bagi peluang lagi?' she said 'xsalah kalau kita bagi peluang lagi, kemungkinan BESAR peluang kedua lagi manis dari yg sebelumnya.'

when heard that... arhhh... aku tak tahu nak buat apa.. he said he loved me.. and he also showed it.. and i felt his feeling before.. but now? mana pergi 'rasa' tu? kenapa 'rasa' tu sgt jauh? that's night, i can't replied i love him too.. i dont know why.. mybe i hurt to much.. 

i said i need some times.. but nothing change.. mungkin aku terlalu berpegang kpd prinsip.. tp prinsip itu matlamat dan kekuataan aku..  aku cari dan ingat semula janji2 kami.. mungkinkah aku di gelar munafik sebab x berpegang pada janji? kalau boleh semua janji tu aku nak tunaikan dan lalui bersama.. terutama utk jadi yg terakhir dan menjadikannya yg terakhir.. it's such a beautiful dream in whole my life..! tapi! perlu ke aku rasa semua tu sekarang? perlu ke aku rasa janji itu di teruskan dan di tunaikan? 

aku sendiri tercari2 jawapan tu.. i'll try to fix it back soon.. and try explain to him.. walaupun mungkin akn mengecewakan.. tapi aku harus kuat.. i need wiping my tears.. and move on.. insyaAllah.. i strong enough to face it..

*search for the real LOVE..! <3

Tuesday, 5 June 2012

jaDi tOp 10 sTudents..! pELajAR X bErApA cEmErLanG..

wootttt... woottt... giler ah.. cam xcaye je dpt jadi top 10 students TMS tuk STPM 2011 ^__^ hahhaha
mula2 masuk form 6 dulu, memang da berangan da coz ternampak pulak banner top 10 student batch 2009, tp bile da mula blajar.. adess.. makin lame, makin xyakin pulak..walaupun xberapa nk cemerlang sgt pun result STPM hari tu, tp atlast..! Alhamdulilah kwn2 yg lain bagi peluang kat NURULASHIKIN ZAZALI tersenarai dlm list ;D hohoho

event ney berlangsung pada 24 mei 2012, n ofcourse lar buat kat TMS :)
*nampak tu muka bangga.. *__* hahha tp nama kat sijil tu nama Aina =) pinjam sijil dia tuk snap pic coz time tu sijil aku da bagi kat abah :) 
*ha ney dia Aina :) classmate masa form 6 

*waaa... nampak gemok kan? ==' mungkin angin dari kipas uh menampakkan aku agak comel -__-' btw, reaction muka mcm tu sebab pengetua ajak borak pulak.. hohoho 
*bergambar dgn pelajar2 cemerlang yg lain.. ^_^ 

jutaan terima kasih utk cikgu2 yg mengajar dari lower 6 sampai upper 6. tanpa mereka sapa lar saya.. huhuhu ^_^ Lepas neyh TMS tinggal kenangan yg terindah je T__T 

~THINK BEST, THINK TMS~ 




Monday, 16 April 2012

haRgai sElagi adA di siSi


Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga . Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak.tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan MENYESAL.

~nAz~

Monday, 12 March 2012

WaHai wAniTa...!


1) Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.

2) Rasulullah bersabda , maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki”.

3) Rasulullah bersabda : “Dunia ini adalah perhiasaan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita ( isteri ) yang soleh”.

4) Rasulullah bersabda : “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga”.

5) Rasulullah bersabda : “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya. ( mas kahwin ).

6) Rasulullah bersabda : ‘Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah ( perang sabil ).

Wednesday, 22 February 2012

22 TanDA OraNG 'iTU' mENcINTai KaMu...!!!


1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya... dia tetap akan menunggumu.